Isnin, 20 Julai 2015

Fungsi Pusat Sumber


                     FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH

• Merancang dan mengurus perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini yang selaras dengan keperluan kurikulum dan memenuhi keperluan warga sekolah.
• Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunaan individu atau kumpulan.
• Memberi panduan dan kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian, penghasilan dan penggunaan maklumat.
• Menyediakan kemudahan, peralatan dan bahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi.
• Menjalin perkongsian pintar dan rangkaian strategik dengan pelbagai agensi untuk 




Rabu, 8 Julai 2015

Jenis-Jenis Perpustakaan

  JENIS-JENIS PERPUSTAKAAN


PERPUSTAKAAN NEGARA

Perpustakaan negara merupakan perpustakaan terbesar untuk sesebuah negara dan mempunyai koleksi terbanyak serta menjadi pusat rujukan utama. Kebanyakan perpustakaan negara juga dijadikan "Pusat Bibliografi Negara". Pengguna untuk perpustakaan negara adalah orang awam sama ada rakyat negara terbabit atau masyarakat luar (terutama penyelidik yang mahu membuat kajian terhadap negara terbabit). Belanjawan perpustakaan negara adalah di bawah kerajaaan yang mentadbir sesebuah negara itu. Contoh perpustakaan negara ialah Perpustakaan Negara Malaysia.


PEPUSTAKAAN AKEDEMIK


Perpustakaan akademik merujuk kepada perpustakaan yang terdapat di institut pengajian tinggi dan koleksi-koleksinya berasaskan kursus yang terdapat di pusat pengajian tinggi tersebut. Ia dibuka kepada para pelajar, pensyarah dan penyelidik luar. Contoh perpustakaan akademik ialah Perpustakaan Universiti Sains Malaysia Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ, Universiti Teknologi Malaysia) dan Perpustakaan Tun Dr Ismail (UiTMJohor).


PERPUSTAKAAN AWAM

Perpustakaan awam merujuk kepada perpustakaan negeri. Perpustakaan awam dibiayai oleh kerajaan negeri masing-masing dan koleksinya adalah menyeluruh. Penggunanya adalah sama seperti perpustakaan negara tetapi ia lebih menekankan kepada masyarakat setempat. Contoh perpustakaan awam ialah Perpustakaan Awam Melaka.


PERPUSTAKAAN KHUSUS

Kebanyakan perpustakaan khusus adalah perpustakaan yang dibina oleh syarikat-syarikat persendirian yang mempunyai koleksi berkaitan perniagaan mereka. Sebagai contoh Perpustakaan Khusus SIRIM yang mengandungi koleksi hanya berkaitan SIRIM sahaja. Penggunanya pula adalah kakitangan SIRIM dan penyelidik luar yang mahu maklumat mengenai SIRIM

PUSAT SUMBER

Apabila berkata mengenai pusat sumber, ia lebih merujuk kepada pusat su
mber sekolah. Koleksinya pula hendaklah berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum dan ko-akademik sekolah. Namun permasalahan yang terdapat di dalam pusat sumber kini adalah kekurangan koleksi berbentuk ilmiah dan kebanyakan pusat sumber hanya menumpukan kepada koleksi berbentuk luar dari ilmiah seperti novel.
Pusat Sumber Sekolah bukan hanya sekadar bilik-bilik tertentu, tetapi keseluruhan prasarana yang terdapat di sekolah, bermula dari pintu pagar hingga ke seluruhan kawasan sekolah yang menjadi sumber pendidikan. Ianya termasuk bilik-bilik khas, taman-taman, kantin atau apa sahaja yang boleh dijadikan rujukan.
Selain daripada 5 jenis perpustakaan di dunia, terdapat pecahan kecil yang mengungkai cara perpustakaan-perpustakaan ini bergerak iaitu:





Selasa, 7 Julai 2015

Membaca Jambatan Ilmu


MEMBACA 

Membaca adalah kegiatan meresepsi, menganalisa, dan menginterpretasi yang dilakukan oleh pembaca untuk memperoleh pesan yang hendak disampaikan oleh penulis dalam media tulisan


MEMBACA JAMBATAN ILMU


3 Perpustakaan Terbesar dan Termegah Di Dunia

3 PERPUSTAKAAN  TERBESAR DAN TEMERGAH DI DUNIA


10 Perpustakaan Terbesar dan Termegah di Dunia - Buku merupakan jendela ilmu untuk para pembacanya. Melalui buku kita dapat mengetahui banyak informasi informasi. tidak heran bila buku merupakan sesuatu yang melambangkan pengetahuan. Tidak heran juga bila banyak orang yang membangun sebuah perpustakaan sebagai wadah dari jendela ilmu tersebut. Berikut ini adalah daftar


1. Library of Congresss


Sebuah perputakaan yang terletak di Washington DC, Amerika Serikat yang diberi nama Library of Congress. Perpustakaan ini didirikan pada tahun 1800. dan memiliki stock buku mencapai 30 juta buku.

2. National LIbrary of China


Salah satu perputakaan terbesar di dunia terletakk di Beijing, Cina yang bernama National Library of China. Perpustakaan megah ini didirikan pada tahun 1909. National Library of china mempunyai penyimpan lebih dari 22 juta buku.


 3.Libarary of the Russian Academy of Sciences

Perpustakaan megah lainnya terletak di St Petersburg, Rusia yang diberi nama Library of the Russian Academy of Sciences. Perpustakaan ini didirikan pada tahun 1714 dengan penyimpanan lebih dari 20 juta buku.

Manfaat Membaca

MANFAAT  MEMBACA




Lirik lagu nilam

Lirik Lagu Nilam 

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita

Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi

NILAM NILAM anugerah NILAM
Menerangi Jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebstaih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari